Encik Muhammed Shahril Shaik Abdullah
Pustakawan (Bahasa Melayu)
Jabatan Perancangan Koleksi dan Pembangunan, Lembaga Perpustakaan Negara
Profil
Encik Muhammed Shahril Shaik Abdullah bertugas sebagai pustakawan di Perpustakaan Negara Singapura. Beliau sering mengendalikan program bacaan untuk kanak-kanak dari umur 1 hingga 9 tahun. Pemegang Sarjana Pendidikan dari Universiti Monash (Australia), serta Sarjana Sains Maklumat dari Universiti Teknologi Nanyang ini minat membuat penyelidikan dalam bidang sastera kanak-kanak dan pendidikan kritis. Beberapa hasil penulisan beliau telah diterbitkan dalam buku KOMENTAR: Renungan Isu-Isu Semasa terbitan Mediacorp.
Profile
Mr Muhammed Shahril Shaik Abdullah is a librarian at the National Library of Singapore. He often conducts reading programmes for children aged 1 to 9. Holding a Master of Education from Monash University (Australia), as well as a Master of Information Science from Nanyang Technological University, he conducts research related to children's literature and critical education. Some of his works have been published in the book KOMENTAR: Reflections on Current Issues published by Mediacorp.
Sinopsis
Buku bergambar memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan intelektual serta sosio-emosi kanak-kanak. Melalui buku-buku bergambar, kanak-kanak bukan hanya dapat mengembangkan kemahiran literasi awal mereka malah mewujudkan nilai-nilai teras seperti sifat empati serta kesedaran terhadap persekitaran yang aman dan selamat. Dalam sesi ini, senarai beberapa buku bergambar khas untuk kanak-kanak yang berumur dari 4 hingga 9 tahun akan dikongsikan. Buku-buku ini terdiri daripada cerita rakyat serta buku bergambar kontemporari yang merangkumi pelbagai topik yang diterbitkan di Singapura serta rantau ini. Buku-buku ini dipilih berdasarkan mutu ilustrasi, penggunaan bahasa yang baik serta plot yang berkaitan dengan tema-tema penting dalam kehidupan kanak-kanak seperti kekeluargaan, persahabatan dan alam sekitar. Buku-buku dalam senarai ini boleh dibaca sendiri oleh kanak-kanak atau dibaca bersama-sama ibu bapa secara lantang.
Synopsis
Picture books play a very important role in the intellectual and socio-emotional development of children. Through picture books, children not only develop their early literacy skills but also cultivate core values such as empathy and awareness of a safe and secure environment. In this session, a list of special picture books for children aged 4 to 9 will be shared. It consists of both folk tales and contemporary picture books covering various topics from Singapore and across the region. These books are selected based on the quality of illustrations, the effective use of language, and plots that relate to important themes in children's lives such as family, friendship, and the environment. The books on this list can be read independently by children or read aloud together with parents.