Encik Hafeez Harun (Hafeez Glamour)
Penerbit / Penyampai
MediaCorp Pte Ltd
Profil
Encik Hafeez Harun, yang juga dikenali sebagai DJ Hafeez Glamour, memang dikenali dalam masyarakat Melayu. Bukan sahaja berbakat dalam bidang penyiaran dan hiburan, beliau juga seorang penulis, penerbit, pengarang lirik, jurulatih, dan pengurus acara. Melalui penulisan, persembahan, acara pentas, latihan berbicara dan bimbingan dalam penulisan kreatif, beliau telah memberi inspirasi kepada individu-individu daripada pelbagai peringkat umur untuk memelihara warisan budaya, mengejar minat dan kecemerlangan dalam bidang bahasa.
Profile
Mr. Hafeez Harun, also known as DJ Hafeez Glamour, is well-known in the Malay community. Hafeez’s talents are not confined to broadcasting and entertainment; he is also a writer, publisher, lyricist, trainer, and events manager. Through his writing, performances, stage events, public speaking training, and guidance in creative writing, he has inspired individuals of all ages to preserve their cultural heritage, pursue interests, and excel in the literary field.
Sinopsis
Dalam bengkel interaktif ini, kanak-kanak dan ibu bapa akan meneroka pembelajaran Bahasa Melayu melalui siri permainan yang menyeronokkan dan aktiviti yang praktikal. "Syioknya Bahasa Melayu!" bertujuan menanamkan konsep 3K - Kecintaan, Keseronokan, dan Kebudayaan dalam proses pembelajaran bahasa ibunda. Selain itu, "Syioknya Bahasa Melayu!" mendedahkan kerencaman budaya dan warisan Melayu melalui anekdot, lagu, dan permainan tradisional. Ibu bapa boleh menggabungkan permainan dan elemen budaya dalam pembelajaran Bahasa Melayu demi menyemai identiti budaya anak-anak mereka. Pada akhir sesi, kanak-kanak akan pulang dengan rasa cinta dan semangat baru untuk mempelajari Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, ibu bapa akan memperoleh tip dan strategi untuk membantu perkembangan linguistik anak-anak mereka secara aktif dan menarik. "Syioknya Bahasa Melayu!" menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Synopsis
In this interactive workshop, children and parents will explore learning of Malay language through fun games and practical activities. "Syioknya Bahasa Melayu!" aims to instil the concept of 3K – Love (Kecintaan), Enjoyment (Keseronokan), and Culture (Kebudayaan) - in the learning process. It also exposes the children to Malay culture and heritage through anecdotes, songs, and traditional games and other cultural elements which parents can use to develop their children's cultural identity. Children will return home with a newfound love for the Malay language, while parents gain tips to assist in their children's linguistic development. "Syioknya Bahasa Melayu!" promises a delightful experience for the whole family.