Encik Muhamad Shahril Bin Samri
Guru Prasekolah Bahasa Melayu
PCF Sparkletots @ Marsiling (CC)
Cik Dewi Nurhaliza Binte Mohd Hanafiah
Guru Prasekolah Bahasa Melayu
PCF Sparkletots @ Marsiling (CC)
Cik Nurulfatin Binte Sazali
Guru Prasekolah Bahasa Melayu
PCF Sparkletots @ Marsiling (CC)
Profil
Encik Shahril Samri mempunyai lapan tahun pengalaman yang berharga dalam sektor prasekolah. Sebagai seorang guru yang mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, beliau komited untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang pelbagai dan menarik bagi kanak-kanak. Dedikasi dan komitmen luar biasa beliau telah diiktiraf melalui Anugerah Guru Prasekolah Bahasa Melayu Cemerlang anjuran Kementerian Pendidikan pada tahun 2021. Kini, beliau sedang meneroka cara untuk mengintegrasikan pantun dalam pembelajaran holistik kanak-kanak.
Cik Dewi Nurhaliza telah menyertai bidang pendidikan awal kanak-kanak hampir empat tahun lamanya. Beliau seronok berinteraksi dengan kanak-kanak semasa mengajar Bahasa Melayu. Beliau mahu mereka menghargai dan mencintai keindahan Bahasa Melayu. Beliau sedia maklum bahawa kanak-kanak pada masa kini kurang mendapat pendedahan kepada Bahasa Melayu. Oleh itu, beliau memastikan pengajaran di dalam bilik darjahnya seronok dan menarik agar kanak-kanak dapat menikmati pembelajaran bahasa serta budaya Melayu.
Cik Nurulfatin merupakan seorang guru peneraju dan koordinator di Tadika PCF Sparkletots@Marsiling. Beliau sudah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 11 tahun. Beliau mempunyai pengalaman yang luas mengajar kanak-kanak dari peringkat N2 hingga K2. Beliau percaya bahawa semua kanak-kanak boleh belajar pada masa yang sesuai dan mengikut kebolehan masing-masing. Sebagai pendidik, beliau sering menyediakan suasana yang menyeronokkan dan interaktif bagi anak didik beliau.
Profile
Mr Shahril Samri has eight years of valuable experience in the preschool sector. Proficient in both Malay and English, he is committed to creating diverse and engaging learning environments for his students. His outstanding dedication and commitment were recognized in 2021 when he received the Ministry of Education’s Outstanding Preschool Malay Language Teacher Award. Currently, he is exploring the integration of pantun Malay poetry) into a holistic learning approach for children.
Ms. Dewi Nurhaliza has been involved in early childhood education for almost 4 years. She enjoys interacting with her children while teaching them Malay and guides them to appreciate and love the beauty of the Malay language. Ms Dewi is aware that children nowadays have less exposure to Malay, hence, she strives to make teaching in her classroom as entertaining and engaging as possible so that the children enjoy learning the Malay language and culture.
Ms. Nurulfatin is a lead teacher and coordinator at PCF Sparkletots @ Marsiling Kindergarten. She has been in the education field for 11 years and has extensive experience in teaching children from the N2 to K2 levels. She believes that all children can learn at the right time according to their individual abilities. As an educator, she often provides a fun and interactive environment for her students.
Sinopsis
Bengkel interaktif ini memberi tumpuan kepada aspek pendidikan dan keseronokan aktiviti berima dengan tumpuan khusus kepada kanak-kanak. Matlamat utamanya adalah untuk memperoleh pengetahuan fonemik yang penting untuk membaca. Dibahagikan kepada segmen "Bumi Kita" dan "Bandar Warisan," bengkel in meneroka aspek budaya serta kosa kata yang berkaitan. Peserta akan mengambil bahagian secara aktif untuk mengumpul perkataan berima dan membina ayat-ayat berima dengan membuat satu persembahan. Para ibu bapa dan anak-anak boleh berkongsi hasil kerja mereka dan mengaitkannya dengan bentuk puisi Melayu tradisional iaitu pantun. Bengkel ini diharapkan untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan memperkaya penghargaan kepada bahasa dan pengetahuan fonemik.
Synopsis
This interactive workshop focuses on the educational and enjoyable aspects of rhyme activities, with a special emphasis on children. Its main goal is to cultivate phonemic awareness skills, which are crucial for reading. Divided into two segments; "Our Earth" and "Heritage City," the workshop explores inter-related vocabulary and cultural elements. Participants will be actively engaged in collecting rhyming words and constructing rhyming sentences to create a presentation. Parents and children can share their work and relate it to traditional Malay poetry forms, such as the "pantun." This workshop aims to make Malay language learning a fun and enriching experience, and to enhance children’s phonemic skills as well as their appreciation for the language.
Workshop Materials
Mr Muhammad Shahril Bin Samri's, Ms Dewi Nurhaliza Binte Mohd Hanafiah's and Ms Nurulfatin Binte Sazali's Speaker Slides.
Download here.