Puan Nurmah Zainal
Ketua Subjek (Bahasa Melayu)
Sekolah Rendah Oasis
Cik Nur Fa'izah Matnoor
Guru Bahasa Melayu
Sekolah Rendah Oasis
Puan Nur Hafizah Mokhtar
Guru Bahasa Melayu
Sekolah Rendah Oasis
Profil
Guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Oasis, berdedikasi untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Ibunda menyeronokkan dan relevan dengan situasi kehidupan sebenar bagi murid mereka. Kaedah pengajaran mereka direka untuk melibatkan pelajar secara aktif dan praktikal. Mereka menerima 'Anugerah Sumbangan Cemerlang' di bawah kategori Anugerah Pasukan bagi program Pembelajaran Berasaskan Tempat. Penghargaan ini mengiktirafkan semangat setia kawan yang luar biasa dan usaha kolektif mereka untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan dinamik.
Profile
The Malay Language teachers of Oasis Primary School are dedicated to making the learning of the Mother Tongue language enjoyable and relevant to the real-life situations of their students. Their teaching methods are designed to remain practical whilst actively engaging students. The teachers have received the 'Excellent Contribution Award' under the Team Award category for the Place-Based Learning program. This award highlights their outstanding teamwork and collective efforts in creating a positive and dynamic learning environment.
Sinopsis
Strategi dramatisasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Dengan memasukkan elemen dramatisasi ke dalam bilik darjah, persekitaran pembelajaran menjadi lebih dinamik dan menarik. Murid-murid digalakkan untuk mengasah pemikiran kreatif apabila mereka berpeluang untuk mencipta dan mentafsir watak. Apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti dramatisasi seperti main peranan, mereka akan lebih terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Strategi dramatisasi memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi. Mereka diajak berlatih untuk bertutur dengan jelas dan mendengar secara aktif. Melalui latihan dan persembahan, murid-murid boleh mengukuhkan keyakinan diri, meningkatkan kemahiran bertutur di khalayak ramai dan berasa senang serta gembira dengan pencapaian masing-masing.
(Nota: Ibu bapa perlu membawa telefon bimbit.)
Synopsis
Dramatization plays a crucial role in the learning and development of children. Incorporating dramatization into the classroom, creates a more dynamic and engaging learning environment where children are encouraged to sharpen their creative thinking as they develop and interpret characters. When children participate in dramatization activities such as role-play, they become more actively involved in the learning process and have numerous opportunities to develop communication skills. Dramatization also encourages student to practice speaking clearly and listen actively. Both practice and performance strengthen children’s self-confidence, enhance their public speaking skills, give them a sense of well-deserved satisfaction with their achievements.
(Note: Parents to bring their own mobile phone.)
Workshop Materials
Mdm Nurmah Zainal's, Ms Nur Fa'izah Matnoor's and Mdm Nur Hafizah Mokhtar's Speaker Slides.
Download here.