Encik Haniman Boniran
Pengurus Kanan Bahagian Pendidikan
Mandai Wildlife Group (MWG)
Profil
Encik Haniman Boniran ialah seorang pengurus kanan bahagian pendidikan di Mandai Wildlife Group (MWG). Beliau mula menjadi seorang sukarelawan di Taman Haiwan Singapura pada tahun 2001. Kemudian, beliau menceburi bidang pendidikan yang merangkumi pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan Bahasa Melayu serta pengendalian bengkel Bahasa Melayu bagi guru prasekolah dan sekolah rendah. Beliau turut bekerjasama dengan para pendidik untuk menghasilkan strategi terbaik bagi memperkukuh penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat muda.
Profile
Mr Haniman Boniran is a senior education manager at the Mandai Wildlife Group (MWG). He began as a volunteer at the Singapore Zoo in 2001. Subsequently, he ventured into education including early childhood education, Malay language education, and conducting Malay language workshops for preschool and primary school teachers. He also collaborates with educators in developing the best strategies to strengthen the use of the Malay language among young people.
Sinopsis
"Mengapakah Si Tenggiling melintas jalan raya?" Ayuh, ikuti bengkel ini yang memaparkan cerita benar seekor tenggiling yang diselamatkan dan dirawat oleh para doktor haiwan di Taman Haiwan Singapura! Cerita ini akan menggalakkan kanak-kanak yang berminat untuk menggunakan daya kreatif mereka untuk mempelajari Bahasa Ibunda dan sekaligus, meningkatkan kesedaran sosio-emosi mereka. Panduan aktiviti bersama ibu bapa dan pendidik akan dikongsikan agar mereka lebih yakin menggunakan taman tarikan di Mandai dan juga bahan-bahan pendidikan yang sedia ada untuk membuat pembelajaran Bahasa Ibunda lebih menarik.
Synopsis
“Why did the Pangolin cross the road?" Come and join this interactive workshop that presents the true story of a rescued pangolin cared for by animal doctors at the Singapore Zoo. This story will encourage children who are interested in using their creative abilities to learn their Mother Tongue and, at the same time, enhance their social-emotional skills. Activity guides for parents and educators will be shared to help them feel more confident in using the attractions at Mandai along with existing educational materials to make Mother Tongue learning more engaging.