Outstanding Award
Petikan Guru
Sebagai seorang pendidik, saya memberikan keutamaan kepada pembangunan holistik kanak-kanak. Matlamat saya adalah untuk membangkitkan rasa ingin tahu dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka dalam persekitaran yang menyeronokkan. Saya menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresi secara bebas dan membuat keputusan dengan yakin. Saya juga mengintegrasikan nilai dan elemen budaya dalam aktiviti untuk memperkaya penguasaan bahasa mereka.
Mengenai Pemenang
Encik Muhammad Fairus, sebagai pemudah cara pembelajaran kanak-kanak di peringkat awal, dengan teliti menyesuaikan aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman mengikut umur dan keupayaan mereka, melibatkan mereka secara aktif dan memperkenalkan perbendaharaan kata bahasa Melayu yang praktikal. Beliau menekankan kepentingan pendekatan ini untuk memelihara dan meneruskan budaya dan tradisi Melayu dalam masyarakat, di samping mencetuskan keseronokan dalam pembelajaran bahasa.
Walaupun bekerja dalam industri yang kebanyakannya dipelopori oleh pendidik wanita, Encik Muhammad Fairus dengan yakin menerima peranannya sebagai pendidik prasekolah, membina hubungan guru dan murid yang mesra dan penuh hormat. Kecekapannya mengimbangi humor dan ketegasan mewujudkan persekitaran di mana kanak-kanak memahami dan mematuhi rutin harian serta jangkaan tingkah laku sambil bebas menyatakan pendapat dan membuat pilihan tanpa rasa terancam. Beliau juga memasukkan elemen kejutan dalam pengajarannya untuk mendorong soalan-soalan yang mendalam daripada kanak-kanak.
Encik Muhammad Fairus menekankan kepentingan mengekalkan pemikiran yang terbuka dan komitmen dalam pembelajaran berterusan untuk menyampaikan kandungan pengajaran yang bermakna dan menarik sebagai seorang pendidik.
Quote
As an educator, I prioritise the holistic development of the children under my charge. My aims are to spark curiosity and enhance their learning experiences in an environment that promotes joy. I advocate free expression and encourage the children to make decisions confidently. I also integrate values and cultural elements into activities to enrich their language acquisition.
Write-up
Mr Muhammad Fairus, as a facilitator of young children's learning, meticulously tailors experiential activities to suit their age and capabilities, actively engaging them and introducing practical Malay language vocabulary. He emphasises the significance of this approach in preserving and perpetuating Malay culture and tradition within the community, while also sparking excitement for language learning.
Despite working in an industry predominantly occupied by female educators, Mr Muhammad Fairus confidently embraces his role as a preschool educator, fostering a warm and respectful teacher-child relationship. His adept balance of humour and firmness creates an environment where children understand and adhere to daily routines and behavioural expectations, while also freely expressing their opinions and making choices in a non-threatening manner. He also incorporates surprise elements in his lessons to prompt insightful questions from the children.
Mr Muhammad Fairus underscores the importance of maintaining an open mindset and a commitment to continuous learning to deliver meaningful and engaging lesson content as an educator.